Tuesday, April 3, 2007

Pengenalan Animasi

Pengenalan

    Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Ia membolehkan sesuatu objek yang pegun atau statik dapat bergerak dan kelihatan seolah-olah hidup. Animasi di dalam sebuah aplikasi multimediadapat menjanjikan suatu persembahan yang lebih dinamik serta menarik kepada penonton kerana ia memungkinkan sesuatu yng mustahil atau kompleks berlaku di dalam kehidupan sebenar direalisasikan di dalam aplikasi tersebut.
    Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
    Walaupun demikian, proses penghasilan animasi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ianya memerlukan pengalaman kemahiran serta kepakaran yang tinggi bagi tujuan penghasilan. Pakar animasi yang juga sering dikenali sebagai animator diperlukan dalam jumlah yang banyak bagi menghasilkan suatu animasi yang berkualiti tinggi. Kos penghasilannya juga agak tinggi disamping tempoh masa yang diperlukan bagi membentuk animasi yang dikehendaki juga agak lama. Ini semua memerlukan perancangan yang teliti serta komitmen yang tinggi di kalangan kumpulan pembangunan sesebuah aplikasi yang memerlukan penggunaan animasi.

Prinsip-prinsip Animasi
-     Teknik asas animasi seperti fades, wipes dan dissolve sudah tersedia ada dalam alat pengarang
-    Animasi adalah apabila sesuatu objek sebenarnya bergerak masuk atau keluar daripada skrin, berpusing pada tempatnya, kereta bergerak disepanjang jalan dan lain-lain lagi
-     Televisyen / video membina sehingga 30 kerangka digantikan dengan kerangka lain membuatkan imej tersebut seolah-olah bergerak dari satu situasi ke situasi yang lain

Animasi Cel
-    Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
-    Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
-    Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik
-    Animasi cel telah bermula dengan keyframe untuk sesuatu aksi
-    Kerangka akan dilukis cara tweening
-    Tweening untuk sesuatu aksi memerlukan pengiraan bilangan kerangka di antara keyframe dan laluan aksi yang akan diambil

Animasi Komputer
-    Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
-   Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect
-    Boleh setkan kadar kerangka pada komputer tetapi bergantung kepada keupayaan komputer

Morphing
-    Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
-    Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak
-    Imej yang dimorphkan selalunya adalah dalam kadar 8 kerangka sesaat dengan setiap satu transisi yang mengambil masa 4 saat
-    Menggunakan teknik keypoint – di mana lebih keypoin yang disetkan ke atas imej lebih lancar perjalanan proses morphing tersebut

Referensi :
1.    http://www.angelfire.com/ill/elemenmultimedia/animasi.html


No comments: